Kenapa harga berbeza-beza?

Kenapa kadang-kadang ada sesetengah tempat item-item tertentunya mahal sedikit dari kedai yg lain?

Mungkin tarikh luput bagi kedai tersebut yg masih lagi lama dapat bertahan dipasaran. Ataupun kedainya disewa pada lot kedai bangunan yang murah, ataupun tenaga kerjanya yang kurang dengan memilih gaya lebihkan signboard atau papan tanda display sebagai ganti pekerja yang melayani customer yang datang melawat ke kedai. Ada kalanya customer lebih suka kedai yang mempunyai pekerja jualan yang dapat melayan kehendak & pilihan pelanggan itu sendiri. Sebagai contoh : kedai perabot IKEA & kedai perabot selain IKEA… jika mungkin semua keperluan customer dipenuhi, maka tidaklah memberi peluang kepada pengusaha yg lain untuk bersaing.

Community

[Bahasa Melayu/Malay]

Selamat Datang ke SATRIAWORKS! Bersama kita kali ini adalah satu (1) lagi project untuk memberi penerangan & keperluan pasaran umum ataupun terhad dengan pengubahsuaian website ini yg membentuk Multi-Purpose ataupun Hybrid dgn wujudnya Bazar Karat™ JB ©2026.

Tidaklah perlu anda gusar atau gelisah, memandang pelik aktiviti kami ataupun tidak memahami apa kerja yg kami lakukan. Sila lontarkan maklumbalas anda pada WhatsApp +(60)19-321 7725 supaya anda dapat penerangan dengan lebih jelas. Kami tidaklah mengumpulkan Visitor ataupun Follower yg terlalu ramai, cukup hanya beberapa clique kami sahaja mendapat gambaran & sejauh mana project tersebut boleh pergi serta memahami cara pengurusannya juga kewangannya.

Memandangkan ini antara beberapa project pada hobi-hobi kami, maka kami tidaklah letakkan sasaran terlalu tinggi & tempoh yg terlalu lama.

1. Marketing

Adakah apabila anda meletakkan harga pada bawah tahap minimum, maka ramailah customer yg akan mencari anda?

Tidak juga. Mungkin kerana anda tiada di kedai kerana waktu tersebut anda tidak beroperasi maka memaksa customer memilih barang yg sama pada kedai yang berlainan walaupun mahal sedikit, customer menginginkannya dengan kadar segera. Ataupun kedai tersebut dari lokasi tumpuan orang ramai. Contohnya kedai anda (hypermarket/supermarket) jauh di pinggir bandar & bagi yang pendai memikirkan kos minyak & tempoh masa perjalanan yg perlu ditempuhi, maka barangan dari kedai-kedai tempatan yg kecil & harganya ada sedikit mahal tapi masih mampu menjimatkan kos minyak ke tempat jualan yg lebih murah, maka membeli dari kedai tempatan yg dipilih.

Contoh kedua lebih tertumpu kepada senario kontraktor sekarang. Nak dapatkan project, mereka usul harga yg murah dgn kadar kualiti produk & perkhidmatan yg ditawarkan bagi tempoh-tempoh tertentu. Apabila kadang-kala mereka mengambil untung sedikit sangat, maka kerja yg dilakukan juga adalah dengan penuh tekanan (full pressure) dgn meminimumkan kerja yg diberikan. Seperti project binaan atau pembuatan yg menggunakan bahan kerja yg kurang berkualiti berbanding yg lebih berkualiti dengan kadar harga yg berbeza.

Kadang-kadang, sebagai contoh kalau kita nak renovate rumah ataupun kedai. Kita memilih kontraktor yg lagaknya berwibawa untuk mengendalikan tugasan yang diberikan seperti menggunakan model handphone terkini ataupun komputer yang berkelajuaan tinggi. Barang kerja seperti drill (pengorek) mesin seperti jenama BOSCH & lain-lain barangan adalah product STANLEY meyakinkan customer untuk mendapatkan hasil kerja yang kemas & memuaskan. Maka kita dari awal lagi memilih Kontrator yg buka harganya pada kadar sederhana (medium), tidak terlalu murah & tidak terlalu mahal.

Jika ada kalanya nasib tidak baik, apabila kerja yg kita arahkan ditugaskan kepada Junior (Practikal) tidak memuaskan, maka kita mengupah Kontrator dari Mid-Weight class (Experienced Designer) pula. Jika itu pun masih tidak memuaskan kehendak kita & masih mempunyai modal untuk memperbaiki lagi mutu & kelebihan barangan tersebut, maka upahlah Kontrator dari class Senior (Art Director)

Jadi kita tak perlulah pelik kenapa ada kedai yg biasa-biasa saja, ada yg premium tapi masih dapat bertahan sehingga sekarang. Mereka ada cara tersendiri untuk melariskan barangan di kedai mereka. Janganlah kita lokek dalam memberi derma kepada orang yg menjalankan kerja perkhidmatan untuk kita dengan rasa menghargai hasil kerja yg dikehendaki. Maka akan adanya rezeki dari arah lain yg akan muncul menyeimbanginya semula.

Tapi ingat! Ada sesetengah barangan atau perkhidmatan yg termurah adalah pilihan yg bijak kerana hasilnya yg sama atau mungkin item tersebut juga mudah dikendali sendiri oleh pengguna.

Bersambung…